Tampilkan postingan dengan label samun. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label samun. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Maret 2014

Polis berkas suspek samun rumah Saifuddin Nasution

  • Bernama
  • Malaysiakini Jun 9 2013
 
Polis menahan dua lelaki yang disyaki menyamun rumah Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution di Kampung Air Hijau di Machang Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Machang DSP Che Malek Bedot berkata kedua-dua suspek berusia 23 dan 27 tahun itu diberkas di rumah masing-masing di Kampung Gosong di Machang pada 1.05 pagi Sabtu lepas.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai barangan seperti komputer riba, jam tangan, telefon bimbit serta sejumlah wang tunai dan mata wang asing.

"Kita masih mengesan tiga lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian samun pada 6.30 petang Khamis lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di Machang hari ini.

Che Malek berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk bangunan dan kedua-dua suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan seorang daripada mereka baru keluar dari penjara Disember lepas atas kesalahan sama. Seorang lagi bekerja sebagai penoreh getah," kata Che Malek.

- Bernama

Selasa, 25 Februari 2014

Tiga termasuk ketua geng samun 7 Eleven diberkas

  • Tiga termasuk ketua geng samun 7-Eleven diberkasZainuddin menunjukkan parang serta sebahagian rokok yang dirampas.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Tiga termasuk ketua ahli kumpulan yang aktif melakukan samun di premis 24 jam sekitar ibu negara, ditahan dalam serbuan di sebuah apartmen di Setapak pada 16 November lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, tinjauan soal siasat, dua daripada suspek terbabit mengaku terlibat tiga kes samun kedai serbaneka 7-Eleven di Jalan Raja Muda dan Jalan Pahang pada 3 November lalu, serta di Jalan Imbi pada 12 November lalu.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan kumpulan suspek itu menggunakan modus operandi dengan berpura-pura membeli kad tambah nilai sebelum mengacukan parang kepada pekerja di kaunter.

"Suspek kemudiannya akan mengambil rokok serta wang tunai dari mesin wang, sebelum melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Viva.

"Kumpulan ini dikesan aktif menyamun sejak setahun lalu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Menurutnya, semakan menunjukkan ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20-an itu memiliki rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Katanya, semua suspek direman sehingga 4 Disember untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata.

Zainuddin berkata, pihaknya sedang mengesan seorang lagi ahli kumpulan itu yang masih bebas dikenali sebagai Fiq.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pengusaha premis yang beroperasi 24 jam untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) yang sesuai dan mempunyai kualiti gambar yang bermutu tinggi.

sumber: