Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Maret 2014

Polis berkas suspek samun rumah Saifuddin Nasution

  • Bernama
  • Malaysiakini Jun 9 2013
 
Polis menahan dua lelaki yang disyaki menyamun rumah Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution di Kampung Air Hijau di Machang Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Machang DSP Che Malek Bedot berkata kedua-dua suspek berusia 23 dan 27 tahun itu diberkas di rumah masing-masing di Kampung Gosong di Machang pada 1.05 pagi Sabtu lepas.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai barangan seperti komputer riba, jam tangan, telefon bimbit serta sejumlah wang tunai dan mata wang asing.

"Kita masih mengesan tiga lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian samun pada 6.30 petang Khamis lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di Machang hari ini.

Che Malek berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk bangunan dan kedua-dua suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan seorang daripada mereka baru keluar dari penjara Disember lepas atas kesalahan sama. Seorang lagi bekerja sebagai penoreh getah," kata Che Malek.

- Bernama

Sabtu, 15 Februari 2014

Polis Bongkar Sindiket Jual Bayi Dan Kanak Kanak

china press bayi


GEORGE TOWN, 24 Jan — Polis membongkar sidiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di negeri ini, Kedah dan Perak apabila menahan 33 individu dan menyelamatkan lapan bayi serta seorang kanak-kanak.
Mereka yang ditahan dalam operasi tinjauan risikan dan maklumat awam sejak awal Disember hingga minggu ini, berusia antara 23 dan 52 tahun, dan antaranya ialah penjawat awam di Jabatan Pendaftaran Negara serta doktor pusat perubatan swasta.
“Kami percaya lapan bayi seawal usia dua bulan dan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang diselamatkan itu adalah untuk dijual,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai operasi dan lokasi serbuan kerana kes itu masih disiasat.
Siasatan awal polis mendapati bayi dan kanak-kanak itu dijual dengan harga antara RM18,000 dan RM30,000 berdasarkan fizikal, rupa paras dan jantina, lengkap dengan pakej dokumen pendaftaran serta perubatan.
“Polis merampas lima keping MyKid, 14 sijil kelahiran, 18 rekod perubatan dan kesemuanya adalah dokemen asli serta wang tunai sebanyak RM15,000,” katanya.
Abdul Rahim berkata tujuh daripada bayi yang diselamatkan itu dipercayai rakyat Thailand, manakala yang lain campuran Bangladesh dan Indonesia serta seorang rakyat tempatan.
Kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan itu kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di bawah seliaan polis.
Beliau berkata sindiket yang aktif sejak tahun 2009 itu juga didapati menawarkan wang tunai antara RM2,500 dan RM4,500 kepada wanita asing yang melahirkan anak luar nikah serta mereka yang kesempitan wang dan mahu menjual anak mereka. —Bernama