Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Februari 2014

Jumat, 31 Januari 2014

Mengancam! Gambar Stereng Kereta Formula 1 Secara Dekat 7 Foto

Mengancam! Gambar Stereng Kereta Formula 1 Secara Dekat (7 Foto) | Tidak dinafikan, tiket untuk menyaksikan perlumbaan Formula 1 di Sepang Circuit memang agak mahal sehingga mencecah ratusan dan ribuan ringgit. Jadi jika terdapat sebarang promosi, ia sememangnya menjadi rebutan orang ramai. Oh ya, pernahkah anda melihat kereta Formula 1 secara dekat? Mungkin pernah bukan. Di bawah iniKisahBest.My ingin kongsikan gambar stereng kereta Formula 1 yang agak unik dan canggih. Jom lihat gambar di bawah ini.

formula1
formula2
formula4
formula3
formula5
formula7
formula6

Jumat, 20 Desember 2013

Gambar Rozita Che Wan – Makin Berusia Makin Cun

Gambar Rozita Che Wan - Makin Berusia Makin Cun


Rozita Che Wan atau kerap digelar dengan RCW mungkin salah seorang artis yang paling mendapat perhatian di negara ini.
Ada sahaja berita melibatkan RCW yang akan terbit dari masa ke masa.
Dari hendak pencen dunia artis kemudian tidak jadi kepada dakwaan gambar bogel.
Selain gosip itu, dia juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa artis muda seperti Zain Saidin, Beego dan Shahir (AF).
Nak kata apa kan, dah artis begitulah.
Apa pun, satu yang nyata mengenai RCW ialah wanita itu semakin hari semakin menarik orangnya.
Apa agaknya RAHSIA RCW?
Gambar Rozita Che Wan - Makin Berusia Makin CunGambar Rozita Che Wan - Makin Berusia Makin CunGambar Rozita Che Wan - Makin Berusia Makin Cun
Gambar Rozita Che Wan - Makin Berusia Makin Cun

Rabu, 18 Desember 2013

GAMBAR Surau Kontroversi Sudah Dirobohkan


SURAU kontroversi di Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi Johor sudah pun dirobohkan sekaligus menyelesaikan isu penggunaan surau itu oleh penganut agama Buddha pada hari raya Aidilfitri kedua lalu.

Gambar yang diperoleh menunjukkan jentolak merobohkan sisa-sisa bangunan surau itu yang masih tinggal.

Terdahulu, Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) mengarahkan pihak Tanjung Sutera Resort supaya merobohkan suraunya yang menjadi tempat meditasi sekumpulan penganut Buddha, dalam masa 21 hari, bermula 21 Ogos lepas.

Arahan itu disampaikan dalam notis bertarikh 20 Ogos 2013 yang ditampal di pintu masuk surau tengah hari ini, yang ditandatangani Pengerusi MDKT, Hasrin Kamal Hashim.

Alasan diberikan, pembinaan surau itu menyalahi Seksyen 70 Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 kerana dibina tanpa kebenaran bertulis majlis daerah.

Notis itu juga menyatakan pihak resort akan dibawa ke mahkamah jika gagal berbuat demikian atau menanggung kos merobohkannya yang akan dilakukan oleh majlis daerah.

“Tuan adalah dengan ini diberitahu supaya meruntuhkan bangunan itu dari tempoh 21 hari dari tarikh notis ini diterima,” notis itu dipetik.

Seorang pekerja resort yang ditemui menjelaskan beliau menerima notis itu dari pihak MDKT yang hadir ke surau itu tengah hari tadi.

Surau berkenaan menjadi isu panas apabila ada pengunjung yang ingin menunaikan solat ternampak beberapa orang penganut agama Buddha beserta sami mereka menjalankan ritual keagamaan di dalam surau berkenaan sekaligus satu kesalahan.

OLEH : KUMBANG WIRA