Harakahdaily
Pendapat Dr. Syed Azman Syed Ahmad, | 31 Dis 2012 |
Isu kawasan medan minyak yang baru di temui di Blok PM 307 Bertam kini sedang menjadi pertikaian hebat antara kerajaan negeri Terengganu dan kerajaan Pahang.
Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan resmi yang dikeluarkan oleh pihak Petronas bagi menjelaskan kedudukan sebenar kawasan telaga minyak Bertam itu, samaada ia benar-benar berada didalam perairan negeri Pahang atau Terengganu.
Sementara itu, Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam titahnya berhubung kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengenai status kawasan minyak itu, baginda telah meminta semua pihak supaya menghormati keputusan kerajaan berkaitan hak milik kawasan minyak Bertam.
Baginda tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana kawasan telaga minyak itu sudahpun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi milik Pahang;
“Tak apalah, semuanya sudah diputuskan oleh Perdana Menteri sendiri dan beta juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu pada Hari Keputeraan beta baru-baru ini. Apa pun, rakyat Pahang perlu bersyukur kepada Allah SWT dengan kurniaan itu”.
Namun kini timbul persoalan besar, apabila syarikat Lundin Oil yang merupakan syarikat carigali bagi melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan Bertam dengan kerjasama Petronas Carigali membuat pengesahan.
Syarikat yang berpangkalan di Sweden itu telah mengesahkan ‘secara bertulis’ kepada kerajaan Terengganu bahawa penemuan telaga minyak baru itu adalah terletak di kawasan perairan Terengganu.
Negeri Terengganu juga dijangka akan memperoleh royalti tambahan sebanyak RM100 juta setahun atau pertambahan sebanyak lima peratus.
Di sini timbul persoalan besar, soal perlembagaan negara dan kedaulatan sesebuah negeri yang berada dibawah sistem Federalisma sepertimana yang wujud dinegara kita.
Hak dan kepentingan negeri Terengganu yang berdaulat semestinya tidak boleh dinafikan dengan sewenang-wenangnya kerana ia mempunyai implikasi yang amat besar terhadap perlembagaan negara.
Sebarang tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan sudah pasti akan menghilangkan keyakinan rakyat Terengganu terhadap sistem pemerintahan serta kredibiliti pemimpin negara.
Ini ditambah lagi dengan kedudukan Terengganu sekarang ini ‚terumbang-ambing‘ dan dinafikan hak “royalti minyak“ oleh Kerajaan Persekutuan sejak lebih dua-belas tahun yang lalu.
* Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Adun Batu Burok, Terengganu. Email: syedazmans@yahoo.co.uk, Twitter; @syedazman

More...
Justeru itu, hak Bertam dan royalti minyak mesti dipertahankan..* Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Adun Batu Burok, Terengganu. Email: syedazmans@yahoo.co.uk, Twitter; @syedazman
0 komentar:
Posting Komentar